Gosip geng food truck: SQFT@Mara di Seremban Plaza tempat makan terkini untuk warga seremban
Gosip geng food truck: Warga seremban, jom serbu port makan yang baek ni!
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada pengunjung laman web ini.
Buat julung-julung kali, sebuah tapak foodtruck yang proper akan dibuka di Seremban Plaza. Tapak ini untuk orang muda, usahawan muda tak kira usia. Siapa yang datang tapak ni, akan dapat jiwa muda walaupun umur orang tu dah five series. Ok jom kita cek sedikit latar belakang projek ni. Korang tanya ana jawab.
Bagaimana boleh timbul idea untuk menubuhkan Foodtruck SQFT@Mara ni?
Tapak ini diilhamkan oleh pihak pengurusan Mara Negeri kerana berpendapat bahawa industi foodtruck adalah sebuah peluang yang perlu digunakan untuk memajukan usahawan tempatan.Dengan siapakah pihak MARA berkoleberasi untuk menjayakan tapak ini?
Dengan Persatuan Peniaga Trak Makanan Bangi atau lebih dikenali sebagai Bangi Foodtruck Confederation (BFC) di kalangan pengusaha foodtruck.Apakah maksud SQFT?
SQFT bermaksud sebuah tapak yang mempunyai banyak kemudahan selain dari trak makanan.Apa yang akan diketengahkan di Foodtruck SQFT@Mara ni?
Sebuah tapak awam yang mempunyai ciri-ciri santai, berhibur sambil belajar. Tidak dilupakan juga menu makan dan minum yang sedap-sedap dari food truck!Di mana lokasi tapak ini?
Kalau tak tahu di mana seremban plaza boleh klik link berikut untuk pandu arah menggunakan Google Map. Kalau tiada google map, bole google sahaja 'Seremban Plaza'Alamat: Bangunan Seremban Plaza, Jalan Dato' Muda Linggi, Seremban, Negeri Sembilan

Ulasan
Catat Ulasan