Kenali kami
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada pengunjung laman web ini.
Buat julung-julung kali, sebuah tapak foodtruck yang proper akan dibuka di Seremban Plaza. Tapak ini untuk orang muda, usahawan muda tak kira usia. Siapa yang datang tapak ni, akan dapat jiwa muda walaupun umur orang tu dah five series. Ok jom kita cek sedikit latar belakang projek ni. Korang tanya ana jawab.
Alamat lokasi:Bangunan Seremban Plaza, Jalan Dato' Muda Linggi, Seremban (City)
Buat julung-julung kali, sebuah tapak foodtruck yang proper akan dibuka di Seremban Plaza. Tapak ini untuk orang muda, usahawan muda tak kira usia. Siapa yang datang tapak ni, akan dapat jiwa muda walaupun umur orang tu dah five series. Ok jom kita cek sedikit latar belakang projek ni. Korang tanya ana jawab.
Bagaimana boleh timbul idea untuk menubuhkan Foodtruck SQFT@Mara ni?
Tapak ini diilhamkan oleh pihak pengurusan Mara Negeri kerana berpendapat bahawa industi foodtruck adalah sebuah peluang yang perlu digunakan untuk memajukan usahawan tempatan.Dengan siapakah pihak MARA berkoleberasi untuk menjayakan tapak ini?
Dengan Persatuan Peniaga Trak Makanan Bangi atau lebih dikenali sebagai Bangi Foodtruck Confederation (BFC) di kalangan pengusaha foodtruck.Apakah maksud SQFT?
SQFT bermaksud sebuah tapak yang mempunyai banyak kemudahan selain dari trak makanan.Apa yang akan diketengahkan di Foodtruck SQFT@Mara ni?
Sebuah tapak awam yang mempunyai ciri-ciri santai, berhibur sambil belajar. Tidak dilupakan juga, makanan dan minuman yang sedap-sedap!Di mana lokasi tapak ini?
Kalau tak tahu di mana seremban plaza boleh klik link berikut untuk pandu arah menggunakan Google Map. Kalau tiada google map, bole google sahaja 'Seremban Plaza'Alamat lokasi:Bangunan Seremban Plaza, Jalan Dato' Muda Linggi, Seremban (City)
Waktu Operasi Tapak ini
Sebagai permulaan, tapak ini akan beroperasi setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad pada waktu 6ptg hingga 12 tengah malam.Apa aktiviti yang akan ada di sini?
Langgani blog ini atau like facebook page kami untuk ketahui maklumat lanjut berkenaan aktiviti semasa dan akan datang. Jangan lupa, like komen dan share maklumat-maklumat yang ada di sini ye!Apa kemudahan yang disediakan di tapak ini?
Kemudahan asas seperti kerusi,meja,lampu, dan tandas akan disediakan dan mencukupi untuk semua pengunjung. Kami akan tambah baik kemudahan dari semasa ke semasa.Tapak ini dikendalikan oleh foodtruckers untuk foodtruckers
Ulasan
Catat Ulasan